Monday, August 23, 2010

Menulis itu memberikan keceriaan

Sekian lama tidak menulis dan apabila memulakannya kembali
terasa begitu seronok sekali. Ia bagaikan nafas baru bagi berkarya.

Sesungguhnya ini semua adalah ihsan tuhan Allah maha esa yang
memberikan seni bagi saya.

Novel terbaru saya yang masih di peringkatan pertengahan terus
berjalan perlahan tetapi bergerak dengan sentuhan baru .

HA..... MACAM MANA ITU?

Saya tahu penulis buku kecil-kecil seperti saya tidak ada yang
nampak ada nilainya. Tidak ada Commercial value katanya
tidak seperti penulis buku dewasa, novel popular.

Saya selalu fikirkan - Kenapa saya menulis atau menulis? wang? nama

Jawapan ringkas : Saya suka buku dan menulis adalah salah satunya.

Jawapan kehendak saya : Saya mahu buku saya diketahui oleh pembaca buku


Karya saya yang lama kini mula saya dapat idea baru. Penulis selalu
memerlukan idea bagi mendapatkan jalanan cerita. Editor janganlah mudah
menolak manuskrip kerana katanya tidak ada idea yang Commercial atau
popular.

Saya rasa boleh teruskan jadi penulis yang tidak dikenali. Tidak kisah.
Apa yang penting saya terus berkarya.

Ha, jangan fikir senang saya hendak tulis ini.

1 comment:

  1. salam..ya..Sangat setuju dengan anda.. Menulis umpama memberi nafas yang baru.. Membuat kita ceria dan sat hariu kelegaan yang kita sendri dapat nikmati dengan intrepetasi masing2.. =]

    ReplyDelete